About Me

My photo
Nama saya LEE SUIK THIN. Saya berasal dari Padang Besar,Perlis. Kampung saya dekat dengan sempadan Thailand. Saya mengajar di SJKC CONNAUGHT 2 selama 7 tahun.

Friday 25 November 2011

Sedar Bahasa

Kesalahan Umum Tatabahasa

×
1.   Ismail membeli sebuah Komputer.
Ismail membeli sebuah komputer.
2.   Datuk saya membela Ayam dan Itik.
Datuk saya membela ayam dan itik.
3.   Abang membeli sebuah Motosikal baharu.
Abang membeli sebuah motosikal baharu.
4.   Kakak bekerja sebagai Jururawat.
Kakak bekerja sebagai jururawat.
5.   Lily bekerja di sebuah Hospital.

Lily bekerja di sebuah hospital.


A.      Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
basikal
baju
pokok
kapak
lembu
jalan


1.      Puan Nora sedang menjahit ____________ .
2.      Pak Abu menggunakan ____________  untuk menebang pokok petai.
3.      Di dalam kandang itu terdapat dua ekor ____________ .
4.      Burung itu hinggap di dahan ____________.
5.      Harif mengayuh ____________ ke sekolah.
6.      Maniam dimarahi bapanya kerana bermain di tepi ____________ .

B.     Gariskan kata nama am yang sesuai.
1.      Kakak membeli sepasang ( kasut, rumah ) di pasar malam.
2.      ( Abang, Nenek ) saya melanjutkan pelajaran di London.
3.      ( Rumah, Kantin) Alif terletak di atas bukit.
4.      Saya melayari internet menggunakan ( televisyen, komputer )abang.
5.      Murid-murid beratur semasa membeli makanan di (sekolah, kantin).

No comments:

Post a Comment